Listen

Description

Kuliah Bahrul Mazi Jilid 13 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 17hb April 2012.
~ Hadis yang pelik sikit ramai orang tak pernah dengar
~ Malaikat Maut ditampar Nabi Musa
~ "Aku diutuskan kepada satu hamba yang tak mau mati lagi.."
~ Umur bertambah berdasarkan jumlah bulu lembu
~ Mati pasti dilalui semua makhluk hidup
~ Minta untuk mati di tanah Baitul Maqdis
~ Kedudukan kubur Nabi Musa
~ Tarikh ajal manusia boleh berubah
~ Antara perkara yang boleh memanjangkan umur
~ Antara doa yang Nabi selalu minta
~ Doa supaya dijauhkan dari mati mengejut
~ Doa perlindungan dari mati jatuh dari tempat tinggi, mati terbakar, mati dalam keadaan nyanyuk dan tergelincir oleh syaitan
~ Kena patuk ular, kena lipan bara, tebuan tanah dan sebagainya
~ Mati dalam keadaan tidak bersedia untuk mati
~ Bila betul-betul kita boleh tau, seseorang itu mati dalam keadaan beriman?
~ Apabila mata memandang....
~ Bunuh diri sebab kecil hati dengan anak
~ Detik akhir kehidupan itu sangat penting
~ Doa mati dalam pengakhiran yang baik
~ Manusia tidak ada ruang dan peluang untuk bercakap besar dan berasa baik
~ Antara benda yang Nabi ucapkan sebelum menjelang detik akhir Nabi
~ Jaga solat.. menjadi wasiat penting Nabi
~ Jangan buat naya kepada hamba abdi atau orang suruhan
~ Pesanan bila menziarahi orang sakit atau orang mati
~ Cakap yang baik-baik, jangan cakap yang pelik-pelik
~ Malaikat yang akan mengaminkan apa yang dicakapkan
~ Minta kepada Allah supaya Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik
~ Bila terima berita kematian
~ Manusia keramat hidup
~ Ucapan bila melihat majlis pengkebumian di kubur
~ Jadikan adat sebagai ibadah
~ Apa maksud dan berapa kiraan 1 kirat pahala

--- BAHRUL MAZI JILID 13 MUKA SURAT 209 ---

~ Maksud Takabbur (Besar Diri dan Sombong)
~ Orang yang agama tak suka
~ Allah tidak akan sediakan tempat di syurga untuk orang sombong melainkan selepas tebus dosa di neraka
~ Tidak akan masuk syurga orang yang ada sedikit pun sikap sombong
~ Tuhan takkan lepas orang yang menzalimi orang atas dunia
~ Kalau ada iman yang sedikit pun cukup untuk berpeluang masuk syurga lepas diazab dalam neraka
~ Minum arak berdosa, tapi tidak kafir, selagi tidak menghalalkan arak
~ Bahaya bila bercakap pandai tentang Quran dan Islam
~ Berapa ramai orang yang pakai tudung tapi berzina
~ Jangan tunjuk keras kepada dengan Tuhan
~ Kegagalan mendidik anak dan isteri jangan sampai nafi perintah Allah
~ Manusia yang terakhir keluar dari neraka
~ "Ada lagikah tempat aku dalam syurga.."
~ Apakah maksud sombong dan besar diri?
~ Perasan diri lebih, pandang orang lain rendah
~ Mengajar untuk "kloroxkan" hati
~ Guru yang bukan sekadar "Mualim" malah "Murabbi"
~ Guru yang mengajar kulit di masjid
~ Malam pertama tidur dalam liang kubur
~ Tengok dulu anak ikut siapa
~ Ciri-ciri orang sombong
~ Bersila panggung adalah antara tanda orang sombong
~ Perbuatan iblis ketika dilaknat Allah (bercekak pinggang)
~ Kisah sahabat yang dulunya seorang rahib Yahudi
~ Amalan yang Nabi kata boleh mempermudahkan seseorang masuk syurga
~ Tanda sombong seorang perokok - rokok atas telinga
~ Orang Kelantan yang berbangga dengan Sultan Muhammad V
~ Allah akan angkat orang yang rendah diri
~ Adab bagi salam di kelas dalam sekolah
~ Sahabat terpaksa "ambush" untuk beri salam kat Nabi
~ Apa yang kita suka, buat dekat orang
~ Orang yang tak boleh dikritik dan ditegur orang
~ Tidak ada seorang manusia yang mampu menguasai semua bidang
~ Tidak akan kekal dalam neraka orang yang ada sedikit iman dalam hati
~ Tiga bahagian besar diri (sombong dengan Allah, sombong dengan Nabi, dan sekelian makhluk)
~ Manusia yang zalim dan jahil
~ Kalau tak cerdik... duk diam...
~ Baik diam supaya orang tak tau kebodohan kita
~ Orang yang suka pakai pakaian kemas adakah sombong?
~ Perfectionist cepat kena darah tinggi sebab duduk dikalangan orang yang tak perfect
~ Keelokan selalunya datang dengan pakej kesombongan