Listen

Description

Kuliah Khas Tentang Kejadian Kubur Berdarah yang ditularkan dalam media sosial sekitar bulan September 2020. Disampaikan oleh Ustaz Ahmad Jailani, berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh pada 22 September 2020.

~ Kejadian kubur yang dikatakan dipenuhi darah
~ Telah ada kejadian seumpama ini dizaman lampau
~ Ada ketikanya Allah tunjuk perkara pelik dan ganjil kepada kita diatas dunia ni
~ Perkara yang memberi kesan besar dalam diri manusia
~ Api keluar dari kubur, suara orang menjerit dari dalam kubur dan sebagainya
~ Jika bukan perbuatan sabotaj - dan prank - adakah kejadian ajaib dan pelik di kubur boleh berlaku?
~ Pendirian seorang Islam bila melihat kejadian pelik di kubur
~ Kesan kepada orang yang mahu mengambil pengajaran dari apa yang Allah tunjukkan
~ Kisah-kisah pelik ni turut diceritakan dalam kitab-kitab agama Yahudi, Kristian dan sebagainya
~ Siksaan terhadap mayat, ular keluar dari kubur sehingga menakutkan orang yang melihat
~ Bukan semua orang berpeluang menyaksikan peristiwa-peristiwa di kubur
~ Kenapa perkara-perkara pelik di kubur boleh berlaku?
~ Adakah setiap kejadian pelik di kubur membawa sesuatu makna berkaitan jenazah?
~ Itu petanda dia orang jahat, atau tanda orang syahid?
~ Beberapa adab yang perlu dipelajari sebelum bercakap tentang perkara ghaib atua berkaitan jenazah
~ Bila nampak api yang membakar mayat, atau mayat yang masih kekal elok dalam lubang kubur
~ Atas dunia, dia orang yang derhaka kepada mak dan ayah dia
~ Azab kubur adalah perkara ghaib yang hanya Allah yang tahu
~ Hamba tidak berhak untuk bercakap bagi pihak Allah
~ Ambil pelajaran supaya perkara buruk tidak berlaku pada kita
~ Tindakan yang terbaik bila melihat perkara pelik
~ Orang baik, tapi kenapa kuburnya dahsyat?
~ Hakikat sebenar dosa mayat, kita tidak tahu
~ Kita dilarang bercakap secara pasti tentang jenazah dan melibatkan perkara ghaib
~ Azab yang ditangguhkan diatas dunia
~ Ilmu kita sedikit sahaja, banyak yang kita tak tahu
~ Kita dianjurkan untuk memohon doa kepada Allah untuk si mati
~ Tugas orang yang masih hidup
~ Apa yang berlaku di alam barzakh adalah urusan Allah
~ Kubur dan mayat yang diharamkan kita berdoa untuk mereka
~ Kenapa Allah jadikan azab kubur sebagai perkara ghaib?
~ Tutup Aib Mayat dan Keluarga Mayat
~ Keluarga dihina dan diejek oleh masyarakat
~ Musim Covid-19 - kalau ahli keluarga di jangkiti pun dah aib
~ Pusat pemulihan dadah tanpa rekod
~ Kena tangkap atas dunia pun dah tak tau nak letak muka dimana
~ Pengalaman ustaz kendalikan kes lelaki yang kahwin di Thailand
~ Kawan-kawan ejek anak yang ayahnya masuk berita surat khabar
~ Allah tahu hambaNya sangat lemah
~ Jikalau azab kubur dipertontonkan kepada manusia
~ Antara orang yang Allah izinkan dengar kedahsyatan azab kubur
~ Jin dan manusia tidak mendengar azab kubur
~ Sifat kelembutan yang ada pada Allah
~ Contoh sifat kelembutan yang Allah berikan pada manusia
~ Ketakutan yang amat sangat sehingga tidak berani mendekati tanah kubur
~ Kejadian mati sebab terkejut
~ Alam Barzakh ditutup dari pengetahuan manusia
~ Bila manusia dah nampak perkara ghaib, maka hilanglah kewajiban percaya kepada benda ghaib
~ Jangan kaitkan kejadian pelik di kubur dengan dosa-dosa tertentu
~ Trend jadikan kejadian sebagai bahan lawak
~ Contoh-contoh gurau senda yang dilarang dalam agama
~ Jasad tidak terusik dan masih elok walaupun sudah dikebumikan puluhan tahun dalam tanah
~ Kejadian mayat agama lain yang tidak rosak
~ Kenapa Allah "selamatkan" mayat firaun
~ Sebahagian Bani Israel ragu-ragu dengan kematian Firaun
~ Ada ketikanya keajaiban berlaku dikubur orang baik
~ Kajian polis dan forensik tentang apa yang berlaku di kubur "berdarah" di Alor Setar
~ Ada ketikanya hasil siasatan tidak didedahkan
~ Adakah sihir boleh dikenakan keatas kubur dan orang yang dah mati?
~ Adakah ada asas kepercayaan tentang aib mayat, kain kafan tak cukup, mayat berat dan sebagainya?
~ Kita tak boleh bercakap mewakili Allah
~ Adakah kejadian pelik dikubur cuma berlaku untuk ora