Listen

Description

Wanita pertama yang mengangkat senjata di medan jihad adalah Safiyyah. Dilahirkan pada tahun 569  Masihi. Ibu Safiyyah sebenarnya kakak kepada ibu Nabi Muhammad S.A.W,  Aminah binti Wahab.

Hasil daripada perkahwinan kedua Safiyyah dengan Al-Awwam bin Khuwaylid, beliau mendapat tiga orang anak. Salah satunya adalah seorang pahlawan pertama angkatan tentera  berkuda kaum Muslimin iaitu Saidina Zubair bin al-Awwam. Keberanian  Safiyyah di medan perang turut mengalir dalam darah anaknya.

Safiyyah juga di antara yang terawal memeluk agama Islam. Pada tahun  625 Masihi, tercetusnya Perang Uhud dan ketika itu Safiyyah sudah  berumur 56 tahun.