Orang-orang bajingan yang ada di antara mereka kemasukan nafsu rakus; dan orang Israel pun menangislah pula serta berkata: "Siapakah yang akan memberi kita makan daging? Kita teringat kepada ikan yang kita makan di Mesir dengan tidak bayar apa-apa, kepada mentimun dan semangka, bawang prei, bawang merah dan bawang putih. Tetapi sekarang kita kurus kering, tidak ada sesuatu apapun, kecuali manna ini saja yang kita lihat." (Bilangan 11:4-6)
Bangsa Israel baru sahaja diselamatkan secara ajaib oleh Tuhan dari Mesir. Kita boleh katakan betapa singkatnya ingatan mereka, Semasa masih menikmati manna ajaib itu di dalam mulut mereka, mereka mengeluh tentang apa yang mereka rindukan di Mesir: ikan, timun, tembikai, daun bawang, bawang merah dan bawang putih, yang mereka gambarkan sebagai "apa yang mereka makan dengan bebas". Mereka berkata mereka boleh menikmati semua ini tanpa membayar sebarang harga! Betapa mereka lupa bahawa seruan mereka itulah yang dijawab oleh Tuhan mereka: Dan TUHAN berfirman: "Aku telah memperhatikan dengan sungguh kesengsaraan umat-Ku di tanah Mesir, dan Aku telah mendengar seruan mereka yang disebabkan oleh pengerah-pengerah mereka, ya, Aku mengetahui penderitaan mereka. (Keluaran 3:7)
Biar saya katakan dengan cara lain: hamba yang baru dibebaskan ingin kembali kepada bekas tuan hamba kerana mereka menganggap itu sebagai kebebasan. Ada kalanya, kita dapati manusia berkelakuan sedemikian juga sehingga hari ini. Apabila mereka telah diberikan kebebasan atau kemerdekaan, dan apabila mereka menghadapi cabaran atau rintangan dalam "dunia bebas", mereka ikut naluri untuk kembali kepada keadaan perhambaan kerana ia sesuatu yang sudah mereka biasa. Mereka boleh keluar dari perhambaan, tetapi mereka juga perlu keluarkan perhambaan daripada diri mereka. Kita boleh dibebaskan daripada perhambaan, tetapi kita mesti sedar bahawa kita juga perlu usirkan mentaliti perhambaan keluar daripada diri kita.
Tuhan bebaskan kita daripada perhambaan dosa dan kuasa kawalan Kegelapan. Dia singkirkan identiti seorang hamba daripada kita, dan memberikan kita identiti seorang anak. Dia bebaskan kita dari destini seorang hamba, dan membawa kita ke dalam destini dan warisan seorang anak, sebagai anaknya. Mengatakan diri kita adalah anak Tuhan tidak menjadikan kita anak-Nya, tetapi bila kita membenarkan Roh Kudus untuk memenuhi kita dan tinggal di dalam kita, maka kita menerima pengesahan sebagai anak Tuhan. Semua orang, yang dipimpin Roh Allah, adalah anak Allah. Sebab kamu tidak menerima roh perbudakan yang membuat kamu menjadi takut lagi, tetapi kamu telah menerima Roh yang menjadikan kamu anak Allah. Oleh Roh itu kita berseru: "ya Abba, ya Bapa!" Roh itu bersaksi bersama-sama dengan roh kita, bahwa kita adalah anak-anak Allah. (Roma 8:14-16).
Adakah anda kadangkala masih rasa tidak layak untuk menerima kasih Tuhan dan berkat-Nya? Adakah anda kadangkalanya rasa lebih seperti seorang hamba di Rumah Bapa dan bukannya seorang anak, sama seperti abang dalam Perumpamaan tentang Anak yang Hilang? Bukalah hati anda kepada Roh Kudus pada hari ini. Jemputlah Dia untuk berikan kepastian ke dalam hati anda bahawa anda adalah anak Tuhan. Mohon kepada Tuhan untuk singkirkan mentaliti perhambaan keluar daripada hidup anda!
Fokus Doa: