Beberapa minggu yang lepas, “Gender Equality” atau dalam erti Bahasa Melayu, “kesaksamaan jantina”, merupakan salah satu misi yang hangat diperbualkan masyarakat. Perbualan ini telah membangkitkan beberapa pandangan dan pendapat yang berlainan. Terdapat banyak isu-isu sosial yang telah mendorong kepada misi ini, dan ia terdiri daripada mangsa-mangsa diskriminasi, penderaan dan sebagainya. Namun, penyampaian mesej yang salah disebabkan tidak merujuk kepada yang ahli, akan menimbulkan kekeliruan dan pandangan yang salah terhadap sesebuah masyarakat atau individu. Terutama sekali apabila ia dihubung kaitkan dengan agama.
THE MALAM JUMAAT SHOW (TMJS) minggu ini akan membincangkan tentang salah tanggapan ini bersama tetamu undangan kami Encik Nailul Hafiz dan Ustazah Unaisah Adam. Jangan lupa bersama kami malam ini jam 8.45, LIVE di Facebook dan YouTube muhammadiyahSG.
#muhammadiyahSG #ilmuAmalProgresif #themalamjumaatshow #misinformation #fgm #equality #kesaksamaan #syariah #keluarga #quran #sunnah #hadith #tazkirah #kuliah #kuliahsg #ceramah #muslimsg #islam