Listen

Description

Bagaimana ulama dan mufti menetapkan hukum-hakam agama atau mengeluarkan fatwa. Bolehkah orang awam tidak bersetuju dengan pendapat daripada ulama atau pihak berkuasa agama. Memahami adab bertukar pandangan, tidak bersetuju dan batas-batasnya agar tidak terjerumus dalam fitnah.   

================== 

Tahun 2021, beberapa fatwa telah dikeluarkan atas beberapa sebab tertentu. Baru-baru ini, fatwa mengenai pemakaian tudung bagi pekerja berseragam di sektor kesihatan dikeluarkan dan mendapat beberapa reaksi yang pelbagai dari masyarakat.   Perbezaan pandangan akan sentiasa ada. Dalam sejarah Islam, ia telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad ﷺ, Salafus Soleh dan Tabi'in sehingga kini. Para ulama juga sering berbeza pandangan dalam sesuatu perkara, namun mereka tidak pernah menghalalkan perbuatan-perbuatan yang menyanggahi hukum agama.   

Beberapa tahun sejak munculnya media sosial, masyarakat mula berani mengutarakan komentar dan pendapat secara terbuka. Dalam isu fatwa khususnya, terdapat banyak komen-komen negatif dan sindiran seolah-olah mereka belum atau tidak memahami kandungan fatwa yang dikeluarkan.  Rasulullah ﷺ mengajar kita dalam sebuah hadis, "sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka hendaklah berkata yang baik-baik atau diam". Walaupun pada dasarnya tidak salah untuk tidak bersependapat dan memberi pandangan, namun seseorang itu perlu perhatikan adab mereka di alam maya, dan perlu memahami implikasi perkongsian sesuatu secara terbuka.   

#TMJS #themalamjumaatshow #muhammadiyahSG #ilmuamalprogresif #fatwa #adab