Listen

Description

Nak kahwin, tapi tak mahu anak kerana perubahan iklim. Lebih rela membela haiwan peliharaan daripada membesarkan seorang anak kecil. Divaksinasi untuk mengelakkan penularan COVID-19, sekarang kena tambah lagi dengan “booster shot” dalam waktu yang singkat. Instrumen pembayaran wang yang sering dilihat dalam bentuk kertas, bakal diambil alih oleh mata wang kripto di alam digital.  

Terdapat berlainan pilihan, banyak keraguan dan perbezaan pemikiran dalam hidup hari ini. Pada waktu dahulunya, isu yang tidak menjadi masalah telah berubah kepada topik hujahan dalam golongan masyarakat kita hari ini.  Apabila perkara seperti ini berlaku, sudah pasti ada yang akan mengingatkan kita tentang “tanda-tanda akhir zaman”. Tanda-tanda yang dahulunya kita baca dan pelajari, menjadi perkara yang disaksikan oleh sepasang mata manusia.  

Akhir zaman, zaman yang amat digeruni tetapi pasti. Adakah perubahan iklim, mata wang kripto, penularan wabak, merupakan peringatan kepada pengakhiran zaman? Sudahkan kita bersedia? Dengan semangat yang kita ada dalam mengingati orang sekeliling tentang akhir zaman, adakah kita mengingatkan diri sendiri tentang tindakan yang kita harus lakukan kepada yang lain?  Jangan lupa untuk saksikan The Malam Jumaat Show Musim bersama tetamu undangan Ustaz Khairul Zaman Rahmat, malam esok LIVE di Facebook dan YouTube muhammadiyahSG.