Listen

Description

๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—๐—˜๐— ๐—”๐—”๐—› ๐—ฃ๐—จ๐—ก ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—ž๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ก๐—ฌ๐—”โ€œ

Alamak, terkentut pulak!โ€ rungut Ali di dalam hatinya.

Mujur tidak berbunyi. Kalau tidak, segan juga dibuatnya.

Sebaik sahaja Ali hendak melangkah ke luar meninggalkan saf, beliau dihalang oleh salah seorang jemaah yang bersolat. Maklum sahaja, berjalan di hadapan orang bersembahyang, adalah perbuatan yang dilarang agama.

Ali teringat hadis Nabi ๏ทบ :

ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุญู’ุฏูŽุซูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ูููŠ ุตูŽู„ุงูŽุชูู‡ู ููŽู„ู’ูŠูŽุฃู’ุฎูุฐู’ ุจูุฃูŽู†ู’ููู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ู„ู’ูŠูŽู†ู’ุตูŽุฑููู’โ€œ

๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ.โ€ (๐˜š๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ฃ๐˜ช ๐˜‹๐˜ข๐˜ธ๐˜ถ๐˜ฅ : 1114)

Baru beliau perasan di mana silapnya.Beliau perlu proaktif mengelak daripada jemaah lain terganggu. Pada masa yang sama, air muka terjaga sama. Tidaklah malu dan mengundang gossip liar jemaah:

โ€œIshh, kentut pulak mamat tu. Makan petai ke apa?โ€

Kalau di Ireland dahulu, baked bean!

Ali mengambil semula wuduk, dan segera menyertai jemaah menyempurnakan solat beliau.

Usai bersolat, Ali terkenang kitab kecil tulisan Abbas al-Sisi rahimahullah, yang beliau pernah baca.

Abbas al-Sisi memetik hadis ini untuk membincangkan tentang kepentingan akhlak sebagai agenda besar usaha dakwah dan perjuangan Islam. Sebagai pemimpin al-Ikhwan al-Muslimun ketika itu, beliau mengingatkan para pejuang Islam, betapa tingginya tatatertib hidup kaum Muslimin yang Nabi Muhammad ๏ทบ ajar.

Hingga soal terkentut semasa solat Jemaah pun ada tatasusilanya.

Memegang hidung, seolah-olah hidung berdarah. Hidung berdarah atau disebut sebagai ุฑูุนุงู (ruสปฤf), adalah perkara yang turut membatalkan wuduk. โ€˜Berpura-puraโ€™ hidung berdarah dengan memegang hidung itu tidak dianggap menipu. Sekadar strategi yang cukup untuk menjaga aib muka sendiri, dan mengekalkan keharmonian komuniti.

Terpulang apa yang hendak jemaah sangkakan andai terlihat seseorang memegang hidung semasa keluar meninggalkan saf.

Apa yang penting, sesama Muslim dan Mukmin itu, benang-benang yang menjahit mereka menjadi tenunan ummah yang indah, adalah pada akhlak.

Tiada yang terlalu kecil untuk baginda ๏ทบ santuni.

Mudah-mudahan apabila kita ingat semula hadis ini, kita kembali menghargai agama Nabi Muhammad ๏ทบ yang begitu indah. Jauh daripada jerit pekik, malu memalukan, ghairah melihat orang buat salah, hingga didikan yang baginda ๏ทบ tinggalkan tercemar dan jarah.

Hasrizal

Naas, Ireland