𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗦𝗜𝗞𝗜𝗧-𝗦𝗜𝗞𝗜𝗧
Tujuh orang buta berbalah tentang hakikat gajah. Bukan kerana mereka jahil, tetapi kerana masing-masing hanya tahu secara serpihan — fragmented knowledge.
Jika tidak tahu, ubatnya mudah: belajar. Tetapi tahu sedikit-sedikit, lalu menganggap diri sudah tahu segalanya, itu bahaya. Ia menjadikan seseorang sombong, terhenti daripada terus menuntut ilmu. Inilah kesan Dunning-Kruger Effect.
Musa `alayhi al-salam adalah Rasul yang berilmu. Namun Allah ﷻ tetap menegur baginda dan memerintahkannya berguru dengan seorang hamba Allah yang memiliki rushd (petunjuk yang menyuluh) — ilmu yang tidak misteri, tetapi penuh rahmat dari sisi Allah (al-Kahf 18:65–66).
Ilmu seperti ini menuntut rendah diri, kesungguhan, dan perjalanan panjang yang tidak mengenal noktah. Musa `alayhi al-salam beriltizam mencari ilmu walau harus menempuh tempat di mana dua lautan bertemu, lambang kepada keazaman menuntut ilmu tanpa syarat masa dan jarak.
Hari ini, ramai tahu sedikit-sedikit. Namun mendabik dada seolah-olah sudah tahu segalanya. Mereka bukan buta seperti dalam 1984 Orwell — yang dihalang dari melihat kebenaran. Mereka celik, tetapi memilih tidak mahu melihat seperti dalam Brave New World Huxley — kerana melihat itu menyakitkan.
Sesungguhnya, buta yang sebenar bukanlah buta mata, tetapi buta hati yang di dalam dada.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #pendidikaninklusif #pendidikanjalanislah #mekanismeiqra #mekanikiqra #jomkeireland 🇮🇪🇲🇾