Listen

Description

BETUL KE ANAK SYURGA?

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، قَالَتْ دُعِيَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِلَى جَنَازَةِ صَبِيٍّ مِنَ الأَنْصَارِ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ طُوبَى لِهَذَا عُصْفُورٌ مِنْ عَصَافِيرِ الْجَنَّةِ لَمْ يَعْمَلِ السُّوءَ وَلَمْ يُدْرِكْهُ قَالَ ‏ "‏ أَوَغَيْرَ ذَلِكَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ لِلْجَنَّةِ أَهْلاً خَلَقَهُمْ لَهَا وَهُمْ فِي أَصْلاَبِ آبَائِهِمْ وَخَلَقَ لِلنَّارِ أَهْلاً خَلَقَهُمْ لَهَا وَهُمْ فِي أَصْلاَبِ آبَائِهِمْ ‏"‏

Aishah Umm al-Mu'minin r.a. menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ telah dijemput menghadiri jenazah bayi seorang Ansar.

Lalu aku telah berkata, "wahai Rasulullah, beruntunglah bayi ini kerana dia adalah burung daripada burung-burung di Syurga, tidak pernah melakukan kejahatan malah tidak sempat mengenal kejahatan itu sendiri."

Lalu Rasulullah ﷺ menjawab, "bagaimana kalau ia tidak seperti yang engkau katakan, wahai Aishah? Sesungguhnya Allah telah mencipta untuk Syurga itu penghuninya, menetapkannya semenjak di dalam sulbi bapa-bapa mereka lagi. Dan Allah juga telah mencipta untuk Neraka penghuninya, menetapkannya semenjak di dalam sulbi bapa-bapa mereka lagi!"

(Hadith riwayat Muslim: 2662)