๐๐จ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ฅ: ๐๐๐๐ช๐๐ '๐ง๐๐๐จ๐ฆ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐จ'[Baca artikel penuh di blog: https://saifulislam.com/buli-siber-dakwah-tikus-baik-labu/]
Semalam, di halaman Facebook saya, timbul satu pertanyaan menarik berhubung statistik yang meletakkan Malaysia antara negara tertinggi di dunia terlibat dalam buli siber. Pengunjung tersebut bertanya, adakah apabila kita melihat orang melakukan maksiat, seperti tidak menutup aurat, lalu kita menegur, perbuatan itu dikategorikan sebagai buli siber? Dan jika kita tidak mahu termasuk dalam statistik tersebut, maka bila nampak maksiat kita perlu biarkan sahaja?Soalan ini berat. Ia menggambarkan bahawa niat yang baik sahaja tidak cukup untuk mengislamkan perbuatan kita, jika ia tidak diserlahkan melalui cara yang baik dan menatijahkan kebaikan.Memang Nabi ๏ทบ mengajarkan bahawa apabila kita melihat kemungkaran, kita perlu bertindak.โ๐๐ฆ๐ด๐ช๐ข๐ฑ๐ข ๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ณ๐ข ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ถ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ช๐ฉ๐ข๐ต ๐ฌ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ, ๐ฉ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ช๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ถ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ฏ๐บ๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ต๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ๐ฏ๐บ๐ข (๐ฌ๐ถ๐ข๐ด๐ข); ๐ซ๐ช๐ฌ๐ข ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฎ๐ข๐ฎ๐ฑ๐ถ, ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ญ๐ช๐ฅ๐ข๐ฉ๐ฏ๐บ๐ข (๐ฏ๐ข๐ด๐ช๐ฉ๐ข๐ต); ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ซ๐ช๐ฌ๐ข ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฎ๐ข๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ซ๐ถ๐จ๐ข, ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฉ๐ข๐ต๐ช๐ฏ๐บ๐ข (๐ฃ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ช ๐ฌ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ ๐ช๐ต๐ถ); ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ช๐ต๐ถ ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ด๐ฆ๐ญ๐ฆ๐ฎ๐ข๐ฉ-๐ญ๐ฆ๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ.โ [๐๐ช๐ธ๐ข๐บ๐ข๐ต ๐๐ถ๐ด๐ญ๐ช๐ฎ]๐๐ถ๐ซ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ: ๐๐ข๐ฅ๐ช๐ด 34, 40 ๐๐ข๐ฅ๐ช๐ด ๐ข๐ฏ-๐๐ข๐ธ๐ข๐ธ๐ชHadisnya menyebut perkataan ููููููุบููููุฑููู (maka hendaklah dia mengubah), bukan sekadar ููููููุฑููู (menegur). Perkataan fal-yughayyirhu menuntut perubahan yang membawa hasil: yang salah menjadi betul, yang buruk menjadi baik.Maknanya, nahi mungkar bukan sekadar berkata, โAku dah tegur, kalau kau tak terima, itu nasib kau.โ Walaupun teguran itu betul, jika disampaikan dengan cara yang mendatangkan mudarat atau menimbulkan kemungkaran baharu, itu bukanlah nahi mungkar. Pepatah Melayu menyebut, bagai tikus membaiki labu.Dakwah yang tidak memelihara maruah orang dan gagal membezakan antara buli siber dengan nahi mungkar lebih banyak merosakkan daripada membawa kebaikan.Dakwah tikus baik labu.Hakikatnya ia buli siber.Allah ๏ทป dan Rasulullah ๏ทบ tidak suka.#pendidikanjalanislah #dakwah #hasrizalabduljamil