Semasa pandemik, kita berdoa cukuplah agar anak kita dapat benda asasi yang paling penting dalam pendidikan.
Dialah yang memudahkan kamu bergerak di darat dan di laut. Sehingga apabila kamu berada di dalam kapal, dan ia bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bergembira dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka diserang ombak dari segala penjuru, lalu mereka percaya bahawa mereka terkepung dalam bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): “Demi sesungguhnya! Jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami daripada bahaya ini, nescaya kami menjadi orang-orang yang bersyukur”. (Surah Yunus : 22)
Selepas musibah berlalu kita kembali berpesta keputusan peperiksaan. Anak kita orang ok je. Yang berpuluh ribu tidak menduduki peperiksaan dan tidak layak mendapat sijil tu, pandai-pandai le nak hidup. Ala, tiap-tiap tahun ada je macam tu. So what.
#muhasabah #tazkirahtiktok #surahyunus #iktibar #tazkirah #spm2022 #spm2023 #pendidikan