Listen

Description

Walaupun Ireland tegas membela Palestin, ketegasan itu adalah suara rakyat, aktivis masyarakat dan ahli politik blok pembangkang iaitu Sinn Féin, People Before Profit dan Social Democrats. Ada pun kerajaan semasa yang terbentuk daripada tiga parti utamanya iaitu Fine Gael, Fianna Fáil dan Green Party, mereka masih lunak dengan Lionistz .
Saya berpendapat, punca utamanya dua:
1. Mereka anggap kemajuan yang sedang Ireland nikmati sekarang akan terjejas jika hubungan dengan USA, UK, Perancis, Jerman dll terganggu.
2. Jika Ireland setuju Lionistz melakukan genocide, kerajaan semasa boleh turut diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana sebagai negara yang menandatangi Konvensyen Genocide, Ireland bukan sahaja kena ambil tindakan ke atas pelaku genocide, malah tidak boleh menjadi enabler kepadanya. Aktivis-aktivis melaporkan pesawat-pesawat tentera AS menuju Israel, transit di Lapangan Terbang Shannon, Ireland, dan kerajaan tidak melakukan pemeriksaan ke atas pesawat-pesawat berkenaan.
Artikel penuh di blog https://saifulislam.com/2023/11/isu-palestin-di-ireland-antara-rakyat-dan-kerajaannya/
Doa, derma dan suara, untuk Palestin!
#FreePalestine #BebasPalestin