Dahulukala, dunia kita kecil. Perbandingan hanya antara kita dengan adik beradik, rakan sekelas dan kawan-kawan keliling rumah.
Tetapi di zaman internet, kita ada seluruh dunia untuk menjadi cermin perbandingan. Jalan untuk berasa damai dengan apa yang ada semakin susah.
Rawatannya, kita perlu kembali kepada asas SYUKUR, iaitu memberi fokus kepada apa yang kita ada, dan bukannya KUFUR nikmat, yakni terhijab daripada dapat melihat apa yang kita ada lantas sentiasa fokus kepada apa yang tiada.
Bahkan, mungkin kesukaran mencapai kebahagiaan sengaja Allah adakan agar kita kekal ada sebab untuk terus berusaha menuju destinasi abadi yang di situlah kebahagiaan sempurna menanti.
Petikan Halaqah al-Muta'allimin 19 Mei 2022, program dwi bulanan bersama pelajar-pelajar Khalifah Model School Secondary, Malaysia.
📌
Support my work
Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com