Listen

Description

Dr Jonathan Haidt di dalam bukunya The Anxious Generation membuktikan punca utama melonjaknya penyakit mental golongan muda semenjak 2012, adalah berubahnya kehidupan kita secara sistemik iaitu apabila:
1. Hilangnya zaman kanak-kanak yang berasaskan aktiviti bermain secara bebas.
2. Digantikan dengan zaman kanak-kanak yang berasaskan telefon pintar.
Perubahan ini bukanlah semata-mata terjadi apabila ibu bapa daripada Generasi Baby Boomers dan Generasi X memberi telefon pintar kepada anak-anak mereka. Kelahiran teknologi telefon pintar seiringan dengan perubahan politik dunia dan kemerosotan ekonomi, meningkatnya jenayah dan kurangnya rasa selamat untuk anak-anak bermain di luar rumah, berubahnya bentuk kemasyarakatan daripada kehidupan desa kepada kehidupan individualistik dan urbanisasi yang rencam.
“Asyik menyalahkan anak-anak, sedangkan ibu bapa yang sentiasa mengadap telefon!”
“Cikgu pun di sekolah sudah hilang fokus sebab sibuk berniaga menambah pendapatan!”
“Generasi mana yang mencipta telefon pintar itu dan memberinya kepada kami?”
Apabila komen-komen itu timbul, ia tidak salah. Banyak kebenarannya. Tetapi ia tidak membantu kita mendepani masalah yang sudah pun di depan mata malah sekeliling kita. Ia tidak mendekatkan kita kepada penyelesaian. Pada masa ini, yang penting ialah memastikan perbincangan tidak tersimpang atau mudah mencetuskan perselisihan. Fokus kita haruslah pada penyelesaian, bukan saling menyalahkan.
Masalah ini adalah sistemik dan memerlukan kerjasama semua pihak merentas generasi, umur, dan latar belakang untuk mencari jalan penyelesaian yang menyeluruh.
Artikel penuh di https://saifulislam.com/2024/12/krisis-mental-gen-z-salah-siapa/
#jonathanhaidt #genz #generasiz #mediasosial #kesihatanmental #telefonpintar