Listen

Description

Kenapa kita sering berbeza pendapat tentang pendidikan? Perbezaan ini boleh dijelaskan melalui tiga mazhab sosiologi pendidikan: Functionalism, Conflict Theory, dan Symbolic Interactionism.

Functionalism melihat pendidikan sebagai alat yang menyatukan masyarakat. Sekolah dianggap tempat untuk menyediakan murid menjadi individu yang berfungsi dalam masyarakat, dengan memberikan peluang sama rata kepada semua. Namun, pandangan ini sering mengabaikan realiti ketidaksamaan yang wujud.

Berbeza dengan itu, Conflict Theory menegaskan bahawa sistem pendidikan sering kali memihak kepada golongan elit. Pendidikan dilihat sebagai alat untuk mengekalkan kuasa dan ketidaksamaan, di mana murid dari keluarga miskin atau latar belakang terpinggir berhadapan dengan cabaran sistemik. Perspektif ini memberi tumpuan kepada masalah seperti akses yang tidak sama rata dan dominasi budaya golongan tertentu ke atas yang lain.

Sementara itu, Symbolic Interactionism membawa pendekatan mikro, dengan menekankan pengalaman individu dalam pembelajaran. Ia melihat bagaimana faktor seperti emosi, motivasi, dan interaksi sosial membentuk cara setiap murid belajar. Dengan kemajuan dalam bidang psikologi dan neurosains, kita kini lebih memahami bagaimana pembelajaran berlaku di peringkat individu.

Setiap mazhab ini ada kekuatan dan kelemahannya. Memahami perspektif ini membantu kita mengenali kelemahan sistem pendidikan dan menilai semula bagaimana kita berfikir tentang pendidikan, terutama apabila sistem gagal memenuhi keperluan murid.

Pendidikan bukan hanya untuk ekonomi atau industri, tetapi untuk memenuhi keinsanan murid sebagai manusia dan khalifah Allah di bumi.

Untuk artikel penuh, jemput baca di https://saifulislam.com/2024/12/mazhab-sosiologi-pendidikan-punca-kita-sukar-sependapat/

#Pendidikan #Sosiologi #Functionalism #ConflictTheory #SymbolicInteractionism #Belajar #Inklusi #Motivasi #Ketidakadilan #ReformasiPendidikan #ArtikelPendidikan