Listen

Description

- Hubungan Sejarah Ireland dengan Perjuangan di Palestin:
Asalnya, perjuangan pembebasan Irish Republican dilihat sama dengan gerakan Zionis pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20. Simpati berubah selepas Zionis terima cadangan Inggeris memecah belahkan Palestin, 1937; PM Ireland, Eamonn De Valera berucap di League of Nations membantah hal itu. Zionis dan Inggeris dilihat sebagai penjajah, lantas mengubah sokongan Ireland.
- Tindakan Politik Ireland:
Ireland menjadi anggota EU pertama mengiktiraf PLO pada tahun 1980.
Usul Occupied Territorial Bill pada tahun 2018 oleh Parlimen Ireland berusaha menyekat produk dari wilayah penjajah seperti Israel masuk ke Ireland. Walaupun usul ini terhalang daripada dilaksanakan oleh parti konservatif Fianna Fáil dan Fine Gael, ia menunjukkan keseriusan dan ketegasan Ireland menentang kezaliman regim berkenaan. Parti seperti Sinn Féin terus mendesak Ireland menggunakan pengaruh di EU untuk menentang penjajahan Zionis.
Baca artikel penuh di blog saifulislam.com
#bebaspalestin #freepalestine