Masyarakat kita sering dan mudah terperangkap dalam debat memartabatkan bahasa kebangsaan berbanding bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama, kita perlu lebih bimbang dengan merosotkan budi pekerti dalam apa jua bahasa yang masyarakat hari ini guna, baik yang muda, mahu pun yang tua.Kita boleh berkomunikasi, berdakwah, mengajar dan belajar di dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab, Mandarin atau Tamil. Kita juga boleh mencarut, memaki hamun, memfitnah, sakit menyakit, menggunakan bahasa kebangsaan, bahasa ibunda masing-masing, bahasa penjajah, malah bahasa Arab Mekah atau Madinah.Akal budi kita perlu melangkaui soal bahasa apa.Ia perlu mencermati baik dan buruk, pahala dan dosa, manfaat dan mudarat, dalam semua bahasa yang dipilih untuk dituturkan hari ini.https://saifulislam.com/nilai-kata-kata-di-sini-dan-di-sana/