Listen

Description

𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞: 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗝𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗞𝗗𝗣𝗡 𝟐𝟎𝟏𝟖/𝟐𝟎𝟏𝟗

Bismillah.

Lanjutan Dialog Minda minggu lalu bersama Dr Anuar Ahmad dan Dr M Tazli Azizan, saya tinjau semula laporan JKDPN dan saya kongsikan di sini serba sedikit maklumat daripada laporan berkenaan mengenai mekanisme pelaksanaan transformasi pendidikan kita. Khususnya berkaitan pendidikan BEBAS POLITIK.

Mungkin banyak cadangan di dalam laporan berkenaan sudah 'outdated'. Isi utama yang ingin diketengahkan ialah, kita ingin tahu bagaimanakah jentera sistem pendidikan kita di daerah, negeri dan pusat, melakukan perubahan untuk menjayakan Kurikulum Persekolahan 2027 itu nanti.

Laporan JKDPN menyebut:

JKDPN mengesyorkan:

𝗮) 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝘂𝗻𝗶𝘁 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, 𝘀𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮, 𝗡𝗚𝗢 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂, 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻, 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵, 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻;

i. Unit bebas ini bekerjasama secara terus dengan kementerian lain dalam hal berkaitan pendidikan seperti agama, perpaduan, vokasional, komunikasi, adat-resam;

ii. iii. Unit bebas ini melapor terus kepada Perdana Menteri;Unit bebas ini diketuai oleh seorang yang bertaraf Menteri (yang bukan lantikan politik) dan pasukannya terdiri daripada mereka yang berkemahiran tinggi dalam pengurusan program dari kalangan sektor awam dan swasta;

iv. Unit bebas ini melaksanakan strategi libat urus dan komunikasi berkesan dengan pihak berkepentingan dalam pendidikan;

v. Peruntukan bajet khusus (dedicated budget) yang dijamin mengikut jangka masa transformasi pendidikan kepada unit bebas ini;

𝗯) 𝗰) 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻;

Pelaksanaan cadangan dasar secara berperingkat terutamanya bagi cadangan yang melibatkan perubahan di sekolah; bermula dari peringkat prasekolah dan mengikut perkembangan kohort tersebut; dan

d) Sistem pendidikan menjalani penanda aras terbuka dan telus bagi membandingkan prestasi pendidikan dengan negara-negara lain (misalnya TIMSS dan PISA).

𝗝𝘂𝘀𝘁𝗶𝗳𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶

1. Memastikan hasrat transformasi pendidikan berjaya dicapai.

2. Membolehkan golongan pendidik untuk bersedia ke arah transformasi pendidikan

3. Elakkan gangguan dalam proses pendidikan yang sedia ada dan pelajar.

4. Berikan masa bagi pemimpin pendidik dan pendidikan untuk merancang dan bersedia untuk perubahan.

5. Memberi masa untuk ibu bapa menyesuaikan diri dengan sistem baru.

6. Menarik bakat terbaik kembali ke pendidikan.

𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗱𝗮

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga Lepasan Menengah) 2013 – 2025 Bab Pelaksanaan & Pelan Tindakan

Berbincanglah baik-baik. Terutamanya di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini.

#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana