Baru-baru ini saya ditanya mengenai kenyataan yang dikemukakan oleh al-Imam al-Zarqani rahimahullah semasa mengulas al-Muwatta' karya al-Imam Malik rahimahullah bahawa "murid yang lazim dipulas telinga lebih baik kefahamannya." Ia merujuk kepada peristiwa Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam menarik cuping telinga Ibn Abbas radiallahu 'anha untuk mengalihkan Ibn Abbas yang berdiri di kiri baginda, agar bergerak ke kanan baginda semasa mereka berdua berqiamullail.
Apakah kefahaman yang sejahtera untuk isu ini?
Adakah Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam menarik telinga Ibn Abbas itu merupakan perbuatan menghukum, atau menyantuni Ibn Abbas?
Wajarkah kita mengambil ini sebagai dalil untuk pulas telinga anak atau anak murid demi memandaikan mereka?
Saya cuba ulas sedikit hal ini di dalam vlog ringkas ini, mudah-mudahan ia bermanfaat buat kita semua. Barakallahu fikum.