Listen

Description

Saya memilih untuk tidak berkongsi pandangan dalam bentuk penulisan kerana tidak mahu ia dipetik secara salah di luar konteks. Selepas dihubungi beberapa pihak yang meminta saya mengemukakan pandangan mengenai ‘confession’ seorang ibu di halaman IIUM Confession mengenai masalah anaknya yang suic****, saya kongsikan pandangan saya melalui video ini.  Pada minit ke 18:52 saya ingin menyebut bahawa tindakan membun** diri adalah ‘permanent reaction kepada temporary *problem, dan bukannya temporary solution seperti yang saya sebut. Maaf atas kesilapan pertuturan.  Artikel asal ibu berkenaan boleh dibaca di https://iiumc.com/945am11262020/ Ia bukan pandangan professional. Saya hanya seorang bapa, dan guru, berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan serba sedikit ilmu pengetahuan yang ada. Jika anda, atau insan tersayang dikenal pasti berada di dalam risiko dan memerlukan bantuan, segera dapatkan bantuan daripada pihak profesional.  Antaranya adalah befrienders.org.my di talian 03-76272929 [24 hours] atau emel sam@befrienders.org.my