Listen

Description

"KECAPLAH DAN LIHATLAH, BETAPA BAIKNYA TUHAN” – Mazmur 34:9

“Kecaplah dan lihatlah, betapa baiknya TUHAN itu! Berbahagialah orang yang berlindung pada-Nya!” - Mazmur 34:9, ITB.

(1) LATAR BELAKANG MAZMUR 34: Buku 1 Samuel bab 17 hingga 21 adalah latar belakang Mazmur ini. Di medan pentempuran antara tentera Israel dan Filistin, Goliat pendekar Filistin telah mencabar tentera Israel untuk mewakilkan satu dari tentera Israel bertarung satu lawan satu dengannya. Mendengar cabaran itu Alkitab mengatakan, “ketika Saul dan segenap orang Isarael mendengar perkataan orang Filistin itu, maka cemaslah hati mereka dan sangat takut”, 1 Samuel 17:11. Daud tiba dalam suasana genting itu dan seterusnya membunuh Goliat. Kembali dari medan pertempuran, penari-penari perempuan yang menyambut ketibaan tentera Israel memuji Daud dengan bernyanyi, “Saul mengalahkan beribu-ribu musuh, tetapi Daud berlaksa-laksa”, 1 Samuel 18:7. Raja Saul sangat marah dan berkata dalam hatinya bahawa Daud akan mengambil takhtanya. Raja Saul bertindak mahu membunuh Daud; Daud dikejar dan diburu oleh Raja Saul dan tenteranya. Daud pergi menyembunyikan dirinya di hutan negara Filistin musuh Israel. Daud berpura-pura seperti orang gila di depan Raja Akhis, Raja Kota Gad agar Raja orang Filistin itu tidak melihat dia sebagai orang yang perlu ditakutkan. Daud pada masa ini dalam keadaan yang sangat takut, dia merasa tertekan, dia dalam masaalah besar dan rasa tidak selamat. Tidak ada orang dan tempat di mana dia dapat menyelamatkan dirinya.
Dalam keadaan yang sungguh susah, takut dan menekan dia telah merasa dan mengecapi dan melihat kebaikan Tuhan dalam hidupnya; pengalaman yang akhirnya dirakam dalan Mazmur 34.

(2) APAKAH KEBAIKAN ALLAH YANG DIA TELAH KECAPI?
Daud melihat bahawa Malaikat-Malaikat Allah berkhemah menjaga dia, di saat dia tak dapat menjaga dirinya sendiri; 34:8.
Daud mengecapi kebaikan Allah yang memenuhi keperluannya; 34:10, 11.
Di kala dia dalam pelarian kerana Saul dan tenteranya yang sedang memburu dia, dia tahu mata Allah tertuju kepadanya dan telinga Allah mendengar seruannya; 34:16, 18.
Di saat Daud patah hati dan jiwanyanya remuk, Daud tahu dan merasa Allah dekat kepadanya; 34:19.

(3) BAGAIMANA SIKAP DAN CARA HIDUP DAUD DALAM MENGHADAPI MUSUH DAN DALAM MASA SUKAR DAN TERTINDAS?
Dia selalu mencari Tuhan, 34:5; - kita seringkali mencari jalan dan cara kita sendiri bila kita menghadapi masaalah dalam hidup.
Dia tujukan matanya kepada Allah, 34:6; - mata kita mahu lihat pada dunia dan bukan Allah.
Dia berseru kepada Allah, 34:7; - berseru kepada Allah sering menjadi perkara terakhir yang kita buat.
Dia menjaga lidahnya terhadap yang jahat dan bibir dari ucapan yang menipu, 34:14; - kita dinodai dengan niat untuk marah dan mahu membalas dendam.
Dia jauhi yang jahat dan berusaha mencari perdamaian, 34:15; - Kita tidak sukar dan tidak mahu mengampuni.

(4) KESAKSIAN DAUD dari pengalaman hidupnya adalah bahawa orang yang hidup benar di depan Tuhan juga mengalami banyak masa sukar, 34:20, namun Allah melepaskan dan melindungi mereka. Allah akan melepaskan orang benar dan mereka tidak akan di timpa hukuman, 34:20 – 23.
Kita kadang-kadang ingat bahawa bila kita sudah percaya Yesus dan menerima Dia menjadi Juruselamat, menjadi seorang Kristian, hidup kita akan senang-lenang dan tak ada cabaran. Dari pengalaman Daud, perjalanan hidup ini bukan begitu dan begitu juga pengalaman kita semua. Sementara kita di bumi ini cabaran, masaalah, penyakit, kekurangan dan sebagainya tetap kita lalui. Namun Allah tetap ada bersama kita, menolong kita melalui semuanya.
Panggilan Daud bagi kita adalah untuk “kecaplah dan lihatlah betapa baiknya TUHAN itu”.

Untuk mengecapi kebaikan Allah yang telah dirasai dan dinikmati Daud, kita perlu lakukan apa yang telah Daud lakukan, iaitu kembali tujukan mata kita kepada Allah, berseru kepada Allah. Jauhkan yang jahat.

Tuhan memberkati kita.

Amen.

[Renungan Ibadah Keluarga 06 Mei 2020]