“ANDA SUNGGUH ISTIMEWA” – Mazmur 139:13-14.
[Mesej 01, Sempena Hari Ibu 2020]
Shalom.
Selamat Hari Ibu.
Sempena Hari Ibu, saya membawa kita bersama menghayati Firman Tuhan dari Mazmur 139:13-14.
“Sebab Engkaulah yang membentuk buah pinggangku, menenun aku dalam kandungan ibuku. Aku bersyukur kepada-Mu oleh karena kejadianku dahsyat dan ajaib; ajaib apa yang Kau buat, dan jiwaku benar-benar menyadarinya.” (ITB).
Ibu-Ibu dan Para Wanita yang dikasihi. Anda sungguh istimewa. Dan ketahuilah keluargamu dan kami semua menghargaimu. Mazmur 139 memuliakan Tuhan yang mengenal segala-segalanya mengenai anda, kerana Dia lah yang mencipta anda. Anda istimewa, “unique”, tidak ada yang sepertimu, seperti kata Pemazmur dalam pembacaan kita, Allah Sendiri lah “menenun aku dalam kandungan ibuku” dan “I am fearfully and wonderfully made”, Ps. 139:14, NASB. Jangan biar dunia mempengaruhi dan menekan anda sehingga anda hilang harga diri yang sebenar, anda istimewa di mata Tuhan.
Firman Tuhan mengatakan anda dikasihi dengan kasih yang kekal (Yeremia 31:3) dan Allah memiliki rencana yang terbaik bagi hidup anda (Yeremia 29:11). Tuhan berjanji untuk menyertai anda senantiasa (Matius 28:20). Anda dikatakan sebagai biji mata Allah (Mazmur17:8) dan Allah telah melukis anda di telapak tangan-Nya (Yesaya 49:16).
Ibu-Ibu dan Para Wanita yang dikasihi Tuhan, “anda sungguh istimewa!”
Selamat Hari Ibu.
Tuhan memberkati.
Lydia.
[Firman Tuhan disampaikan melalui Whatsapp Group untuk Ibadah Keluarga, 09 Mei 2020, 8 PM]