Listen

Description

“Tuhan Tempat Persembunyianku” – Mazmur 32:7 | Psalms 32

Shalom!

Keluarga besarku yang dikasihi.

Saya membaca Mazmur 32 sebagai renungan persekutuan doa keluarga malam ini; dan mengambil ayat 7 sebagai tema renungan kita, “Tuhan Tempat Persembunyianku”.

“Sebab itu hendaklah setiap orang saleh berdoa kepada-Mu, selagi Engkau dapat ditemui;

sesungguhnya pada waktu banjir besar terjadi, itu tidak melandanya. Engkaulah persembunyian bagiku, terhadap kesesakan Engkau menjaga aku, Engkau mengelilingi aku, sehingga aku luput dan bersorak.”Mazmur 32:6-7, ITB.

Mazmur 32 adalah ajakan dan dorongan bagi kita agar berdoa, “hendaklah setiap orang saleh berdoa kepada-Mu, selagi Engkau dapat ditemui”, Mazmur 32:7.

Oleh anugerah Tuhan, kita dapat menghadap takhta kasih kurnia Tuhan dan “menerima rahmat dan menemukan kasih kurnia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya.” Ibrani 4:16. Iaitu, doa merupakan keistimewaan sediaada kerana Yesus Kristus.

Dalam Mazmur 32, ayat 1-5, Raja Daud mengatakan bahawa kita berbahagia, kita diberkati, kerana dosa dan pelanggaran kita, dan kesalahan kita diampuni, ditutupi, tidak diperhitungkan TUHAN. Itu terjadi kerana Raja Daud mengaku segala-galanya kepada TUHAN. Itulah rahmat Tuhan yang buku Ibrani sebut di Ibrani 4:16.

Oleh sebab rahmat Tuhan yang tidak memperhitungkan dosa dan kesalahannya, Raja Daud dalam Mazmur 32:6, mengajak kita untuk berdoa selagi TUHAN dapat ditemui. Di ayat 7, Raja Daud mengisytihar bahawa Tuhan tempat perlindungannya, tempat persembunyiannya, “Engkaulah tempat persembunyianku, Engkau akan menyelamatkan aku daripada kesusahanku. Aku besorak memuji-Mu, kerana Engkau menyelamatkan dan melingdungi aku” – BM Berita Baik.

Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Renungan untuk persekutuan doa keluarga dikongsi melalui Whatsapp Group Keluarga, Selasa 26 Mei 2020, 8PM.]