Listen

Description

Shalom!

Dalam Kebaktian Hari Ahad, 31 Mei 2020, kita membaca dari Filipi 4:8; “…saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi – jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji – tumpukan fikiran kepadanya.” Dan dari nyanyian Raja Daud dalam Mazmur 19, kita mendapat tahu bahawa Firman Tuhan itu, “sempurna, pasti, benar, suci, murni, adil”, Mazmur 19:7-9; maka, kita dapat singkapkan bahawa apa yang Rasul Paulus tulis menunjuk arah untuk kita kepada Firman Tuhan. Roh Tuhan yang mengilhamkan penulisan Firman Tuhan; akan mencerahkan kita akan kehendak Tuhan bagi kita, dalam kita membaca atau mendengar Firman-Nya.

Hari ini, kita membaca Mazmur 19 dan mengambil Mazmur 19:14 sebagai tema perbualan. “Semoga segala yang kututurkan dengan lidah dan kerenungkan dalam hati diterima oleh-Mu, Ya Tuhan, Batu Pejalku dan Penebusku.” Itu adalah doa Raja Daud di akhir nyanyiannya. Dan untuk perbualan kita, kita singkapkan sebagai, “Menyelaras Fikiran Dalam Kehendak Tuhan”. Kita melihat 3 perkara bagaimana Tuhan dalam anugerah-Nya menuntun kita kedalam kehendak-Nya.

(1)  Tuhan Menuntun Kita melalui Ciptaan-Nya, Mazmur 19:1-6.

(2)  Tuhan Menuntun Kita Melalui Firman-Nya, Mazmur 19:7-11.

(3)  Tuhan Menuntun Kita Melalui Pencerahan Hati Nurani Kita, Mazmur 19:12-14.

Tuhan dalam anugerah-Nya menyelaraskan fikiran kita dalam rencana-Nya melalui Firman-Nya dan pencerahan Roh Kudus. Dalam perjalanan hidup kita, Tuhan menuntun kita melalui ciptaan-Nya dan keadaan semasa, melalui Firman-Nya dan hati nurani kita. Dan ketiga ini berada dalam pimpinan dan pencerahan Roh Kudus.

Tuhan memberkati.