Dalam keterujaan untuk berhari raya pasti kos yang perlu dikeluar tidak dapat dilupa. Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan bahawa perbelanjaan untuk beraya tahun ini mencecah RM 4,500.00. Pastinya kos ini sangat besar sedangkan kita beraya adakah sehingga sebulan?
.
Bermula dengan kos belanja yang besar inilah kadang datangnya nasihat songsang seperti;
"Beli emas dulu, kemudian pajak emas tersebut dan gunalah duit itu untuk berbelanja. Kita dapat berbelanja , dan kita dapat emas!"
Berhati-hatilah anda apabila mendengar nasihat songsang ini yang popular dikalangan ejen emas yang mengejar komisyen semata-mata.
.
Oleh itu, G100 Talkshow menjemput anda semua untuk ikuti topik perbualan kali ini yang berkisarkan tentang berbaloikah gadai/pajak emas untuk beraya.
Panel kali ini dibawa khas oleh G100 iaitu para Master Dealer Public Gold yang berpengalaman luas dalam bidang simpanan dan pelaburan emas ini.
Pastikan kewangan anda tidak tergadai hanya kerana keterujaan dapat beraya setelah 2 tahun terbengkalai. Sedangkan, hutang piutang masih belum terlunas dan simpanan kecemasan pun masih belum ada .
**********
BERBALOIKAH GADAI/PAJAK EMAS UNTUK BERAYA?
Panelis 1: Pn Rohayati Mohd Noor, Master Dealer.
Panelis 2: Tn Mohd Nazim Hj Badruddin, Star Founder Master Dealer.
Moderator: Pn Siti Nursyuhada Kamaluddin, Priority Dealer.