Di dalam episod pertama Silang Kata Podcast ini, ayuh kita berkenalan dengan teraju utamanya iaitu Azree Ariffin, Hafiz Latiff dan Sayidah Muizzah (Eja).
Hafiz memperkatakan mengenai kempen Malaysia Membaca yang dicetuskan Menteri Pendidikan manakala Azree menyambung pula dengan memperkatakan mengenai Podcast sebagai alternatif pembacaan. Suka menonton wayang? Eja berkongsi dengan anda tentang slot Secawan Wayang dan serba sedikit tentang tips menonton wayang.
Bagi sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com
Penerbit: Azree Ariffin
Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff, Sayidah Muizzah