Buat pertama kalinya, Silang Kata Podcast menjemput tetamu bagi berkongsi pengalaman iaitu Saufi Ahmad, seorang pengacara majlis perkahwinan. Saufi dan Azree saling bersembang tentang pengalaman masing-masing mengacarakan majlis perkahwinan termasuklah:
- Apakah perbezaan antara Emcee dan Deejay? Ramai yang masih keliru tentang perbezaan antara keduanya.
- Apakah elemen-elemen yang penting di dalam Majlis Persandingan Melayu? Azree dan Saufi saling berkongsi tentang peranan pengacara majlis yang boleh membantu tuan rumah melancarkan acara.
- Saufi berkongsi tips dan perkara-perkara penting yang perlu diperhalusi ketika menghadiri majlis perkahwinan Melayu.
Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast.
Penerbit: Azree Ariffin @azreeariffin
Peneraju: Azree Ariffin & Saufi Ahmad @emceesaufi
Penghargaan Suara Latar
Intro & Outro : Zamir Azfar
Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah