Harta benda dan anak pinak adalah perhiasan kehidupan di dunia. Hanya amal-amal soleh (asas) yang akan kekal untuk kita di akhirat. Oleh itu, kita perlu berusaha lebih untuk yang asas daripada perhiasan. Adakah kita tahu amal-amal yang kita lakukan itu soleh atau tidak? Cinta yang halal atau haram? Kerja yang halal atau haram? Ada sahabat tetapi tak ada pahala? Kita perlu sedar bahawa amal yang soleh dan amal yang jahat, kedua-duanya akan masuk kubur dengan kita.