25 Julai 2016
Talaqqi : Surah Al Kahf Ayat 84-97
Kita mesti yakin bahawa setiap perkara yang kita lakukan akan dicatat oleh 2 malaikat. Ia adalah perkara yang ghaib dan kita perlu percaya dengan malaikat dan buku amal kita, jika kita tidak percaya, ia bermakna kita tidak beriman. Pada hari kiamat nanti, kita sendiri yang akan baca buku kita dan disamping itu, 2 malaikat itu adalah saksi, tiada 1 perkara pun akan terlepas. Allah SWT akan suruh kita baca setiap perkara yang telah kita lakukan dan didengari oleh semua mahkluk.