Untuk episod kali ini, Zul disertai Fir, Azim dan Saru sama – sama mengucapkan tahniah kepada skuad Selangor FC yang mengesahkan penyertaan ke ACL 2 selaku naib juara Liga Super 2023 selepas menumpaskan KDA FC di Alor Setar malam tadi. Juga dibincangkan peluang Sommerville untuk beraksi Bersama skuad Harimau Malaya di Qatar Januari nanti dan cerita nakal yang menyebut Mano Polking ditawarkan ke Selangor FC.
Untuk bahagian kedua pula kami menyentuh perihal bunyi – bunyi menarik menyebut pemain seperti Arif Aiman patut beraksi Bersama skuad Piala Asia Bawah 23 tahun. Kami memberi komen berkenaan pandangan ini dan menarik kami juga menyebut beberapa nama Bawah 23 tahun yang KPG patut bawa ke Qatar Januari ini.
Terakhir sekali usai kunjungan Coldplay ke SNBJ tempoh hari memberi suasana epic stadium yang penuh. Kami bercerita berkenaan perlawana – perlawanan lain sebelum ini yang memberi memori gempak gempita Bukit Jalil sebelum ini.
Jangan lupa juga buat para pendengar untuk memberi sumbangan kepada suadara – saudara kita di bumi Palestin melalui dua NGO ini;
a. Mycare - https://www.mycare.org.my/gaza-diserang/
b. Cinta Gaza Malaysia - https://cgm.com.my/
#DemiLigaKita #SelangorFC #KDAFC #QatarAsiaCup2023 #FreePalestine