Listen

Description

Kali ini Zul ditemani Affan, Azim dan Saru untuk membincangkan peluang Harimau Malaya di kejohanan AME kali ini. 

Seperti edisi yang sebelum ini, kita turun dengan barisan pemain “B” kerana bijak pandai AFF masih lagi berdegil dengan meletak kejohanan ini di luar jendela FIFA. 

Bahagian pertama membincangkan barisan pemain yang diturunkan Pau Marti. Notable inclusion dan pemain yang dikira akan menjadi tonggak untuk merencana kejayaan pasukan kebangsaan.

Bahagian kedua pula kami memberi fokus kepada perlawanan MD1 melawan Kemboja. Apakah peluang kita berhadapan dengan barisan “baru” Kemboja kali ini yang juga dibarisai pemain - pemain warisan dan naturalisasi.

Bahagian ketiga pula kami tutup dengan harapan dari setiap kami untuk kejohanan kali ini.

DEMI NEGARA YANG TERCINTA

KHIDMAT BAKTI PENUH SETIA!