Listen

Description

Ceramah ini cuba menelusuri sejarah Melaka dan Pasai, yang merupakan dua  buah kerajaan yang sangat masyhur lantaran  peranannya sebagai  pelabuhan yang cergas dengan kegiatan perdagangan antarabangsa di rantau  Asia. Kemasyhurannya tersebar sampai ke Teluk Parsi dan akhirnya  menjadi daya tarik kepada orang Portugis yang berjaya menaklukinya  terutamanya Melaka pada tahun 1511. Pasai pula pernah menjadi bantu  loncatan bagi Portugis pada tahun 1509 sebelum Melaka dijarahi  sepenuhnya dua tahun kemudian.   Dalam ceramah ini, dengan memanfaatkan sumber China, Portugis dan teks  sastera klasik Sejarah Melayu dan Hikayat Raja Pasai, beberapa isu  pensejarahan yang akan dibicarakan, di antaranya, termasuklah kesahihan  silsilah raja-raja Melaka dan Pasai dan hubungan dua kerajaan ini dengan   benua China. Juga akan disentuh ialah  pernanan Islam di Pasai dan  bila waktunya Islam bertapak di Melaka.   

 TENTANG PENCERAMAH Profesor Emeritus Dr Ahmat Adam lahir di Melaka pada tahun 1941. Beliau  lebih senang dikenali sebagai seorang Sarjana Bebas. Beliau menerima  pendidikan awal di sekolah Melayu sekitar tahun empat puluhan, kemudian  beliau masuk ke Tranquerah English School dan seterusnya High School  Melaka. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (1967-1970)  dan School of Oriental & African Studies (1971-1975). Prof. Ahmat  Adam telah menerbitkan enam belas buah buku dalam bahasa Melayu dan  Inggeris. Antaranya: Sulalat u's Salatin (2016), Antara Sejarah dan  Mitos (2016), The Terengganu Inscription (2017), Hikayat Hang Tuha (atau  Hikayat Hang Tua) (2018) dan Hikayat Raja Pasai (2019).

Origin : https://www.youtube.com/watch?v=n0GlGhewiA8