Untuk penutup season 1 ni, kami di POICAST sangat berbesar hati dapat membuat 'final' interview bersama Herri Hamid, pengasas band Bittersweet. Bittersweet akan mengadakan konsert terakhir mereka ' Bittersweet: Years of Sing and Shout pada 4 November 2023 di JioSpace, Petaling Jaya. Bittersweet telah mewarnai dunia hiburan tanahair Malaysia selama hampir 20 tahun dan selepas ini mereka tidak akan meneruskan lagi band ini. Jom layan podcast ni dan mendengar cerita Herri tentang Bittersweet.