Listen

Description

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 96 menampilkan tetamu khas iaitu Dr. Yuko Nakajima dan Paul McPhun dari Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) yang merupakan kumpulan petugas bantuan perubatan yang melaksanakan misi kemanusiaan di negara-negara yang mengalami konflik, wabak penyakit serta bencana alam dan manusia.

Episod ini membincangkan tentang misi bantuan perubatan MSF di Palestin yang telah bermula semenjak tahun 1989 selain kedua-dua tetamu berkongsi pengalaman dan gambaran sebenar keadaan terkini di Semenanjung Gaza susulan genosid terbaharu Israel ke atas penduduk Palestin yang telah berlangsung sejak lebih 6 bulan yang lalu.

Episod ini dijalankan dalam Bahasa Inggeris dengan pilihan sarikata Bahasa Melayu.

Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi

+601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.