Audio Siar Keluar Sekejap Episod 159 menyentuh sebuah tragedi menyayat hati yang mengorbankan 15 mahasiswa UPSI dalam kemalangan bas di lebuhraya Jeli-Gerik. KeluarSekejap membuka ruang kepada Abdul Wafi Kamarudin, salah seorang mangsa yang terselamat untuk berkongsi pengalaman ngeri yang dilaluinya, kesan trauma serta luahan hati terhadap kegagalan sistem keselamatan jalan raya negara.
Episod ini turut membedah kegagalan struktur dan penguatkuasaan yang telah lama membelenggu isu keselamatan pengangkutan awam. Perbincangan bersama Datuk Suret Singh membawa perspektif dasar yang mendalam. Daripada sistem demerit KEJARA yang lemah, lesen PSV pemandu bermasalah yang tidak digantung sehinggalah cadangan penubuhan Kertas Putih Parlimen untuk merombak sistem keselamatan jalan raya secara menyeluruh.
Episod diakhiri dengan menyentuh isu kelewatan peluasan SST yang menimbulkan persoalan kecekapan fiskal kerajaan.
Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!
Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.