Episod 49 Keluar Sekejap telah membincangkan isu-isu semasa seperti penarikan sokongan Syed Saddiq terhadap Kerajaan Perpaduan, Pergelutan Dalaman UMNO dan Kehadiran Zahid Hamidi ke Kongres DAP yang mendapat sambutan hangat.
Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat serta isu antarabangsa seperti Persidangan G20.