Listen

Description

Menjadi Malaysia merupakan sebuah siri podcast berkala saban minggu, setiap Jumaat yang mengembangkan wacana "kemenjadian" Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa. Sepanjang siri ini, Teh Tarik Podcast membawakan Mad Koy, seorang sarjana-aktivis dalam bidang sejarah idea dan sosiologi, sebagai pembicara utama, dengan Azan Safar bertindak selaku pemudahbicara.