Kita boleh belajar tentang kepimpinan daripada pemimpin yang baik - dan jahat. Malah, karakter yang jahat lebih memberi pengajaran kepada kita kerana tanpa kasih kurnia-Nya kita - kamu dan saya - cenderung untuk berbuat jahat daripada baik.
Lihat karakter raja Saul, dia bermula dengan baik, mentaati bapanya dan nabi Samuel (1 Samuel 9). Malah, TUHAN telah "memberikan hati yang baru" (1 Samuel 10:9) kepadanya, "Roh Kudus turun ke atasnya" dan dia juga pernah "bernubuat" (ayat 10). Tetapi dari 1 Samuel 12 dan seterusnya, Saul berubah sikap dan hati... Sedihkan?
Ada Tiga (3) Perkara yang Boleh Menjatuhkan Pemimpin #ServeToLead