Listen

Description

Dalam Ibrani bab 1, kita sudah melihat bagaimana Yesus Kristus setara dengan TUHAN, dipanggil sebagai "Allah" (God) dalam Ibrani 1:8 dan juga dipanggil sebagai "Tuhan" (Lord) dalam 1:10. Secara kesimpulan, keilahian Yesus jelas dinyatakan. Namun begitu, kita percaya bahawa Yesus bukan hanya benar-benar Allah (truly God) malah benar-benar manusia (truly man). Dalam Ibrani bab 2, kita akan melihat tentang kemanusiaan Yesus. Kenapa kepercayaan bahawa Yesus benar-benar manusia ini penting bagi kita? Apakah maksudnya Yesus dipanggil sebagai "Perintis penyelamatan"? Bagaimana hal ini Berita Baik (Injil) bagi para pembaca ketika itu dan kita pada masa sekarang? Ini kebenaran yang hebat! Terpujilah TUHAN! 😊💪📖 #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk mendapatkan nota episod ini, KLIK DISINI 🤳 http://bit.ly/3mxG5t6