Semuanya bermula dengan hal ini: "pendengaranmu sudah tumpul" (Ibrani 5:11). Oleh itu, Firman Allah berkata: "Sepatutnya sekarang ini kamu sudah boleh mengajar, tetapi kamu masih perlu diajar lagi tentang asas-asas pertama firman Allah; seolah-olah kamu masih perlu minum susu sahaja, belum boleh menerima makanan pepejal" (ayat 12). Ini realiti yang terjadi semasa Surat Ibrani ini ditulis - dan juga realiti yang terjadi MASAKINI⚡Dalam episod ini, kita akan belajar:
• Apa yang dimaksudkan dengan pendengaran yang tumpul, definasi dewasa atau matang rohani, dan ajaran asas-asas Firman Allah
• Apakah tiga (3) masalah utama yang membawa kepada kemurtadan
• Bagaimana proses "berpaling" atau "hanyut" daripada Allah yang hidup dan iman kepada Anak Allah boleh terjadi • Siapa yang akan diberkati dan/atau dikutuk oleh TUHAN Allah, dan sebagainya 📖 #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani