Listen

Description

Penulis Surat Ibrani selepas memberi AMARAN, dia sekarang memberi GALAKKAN. Ini ialah ajaran yang seimbang, ajaran yang Alkitabiah (rujuk 2 Timotius 3:16) 👍 Mulanya, dia memberi AMARAN supaya jangan menjadi murtad ⚠️ "...jika mereka berpaling, mustahil untuk membawa mereka bertaubat semula..." (Ibrani 6:6). Kemudian, dia MENGGALAKKAN mereka 🆙 "Namun begitu... kami yakin bahawa perkara yang lebih baik akan berlaku kepadamu, ya, perkara yang mengiringi penyelamatan" (6:9). Dalam episod ini, kita akan belajar • Apakah perkerjaan baik yang TUHAN Allah tidak akan lupakan? • Bagaimana kita boleh yakin sepenuhnya kepada janji-janji-Nya? • Apakah tiga (3) gambaran yang digunakan untuk menyatakan pekerjaan Yesus Kristus dalam kehidupan mereka yang beriman kepada-Nya? • Apakah tiga (3) insentif dan sebab kenapa kita harus berdiri teguh sampai akhir? dan sebagainya ✔️ #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani