Listen

Description

"Jelas bahawa," kata penulis Ibrani, "Tuhan kita keturunan Yehuda, tetapi tentang suku ini Musa tidak pernah mengatakan sesuatu berkaitan imam-imam" (Ibrani 7:14). Yang boleh menjadi Imam Besar atau imam ialah daripada keturunan Lewi/Harun, bukan daripada keturunan Yehuda. Jadi, bagaimana mungkin Yesus Kristus boleh menjadi Imam Besar? 🤔 Jawapannya ialah melalui keimaman yang berbeza atau "menurut peraturan Melkisedek" (Ibrani 7:11, 17). Dalam episod ini, kita akan belajar • Apakah tujuan utama bab 7 ini ditulis? • Siapa itu Melkisedek? • Bagaimana keimaman menurut Melkisedek LEBIH BESAR daripada menurut Lewi/Harun? • Apa kata nubuat-nubuat Perjanjian Lama? • Bagaimana Tuhan Yesus Kristus ialah Raja Berkuasa dan Imam Besar pada masa yang sama? • Kenapa semua ini penting dan bagaimana ianya berkaitan dengan keselamatan dan kehidupan Kristian kita masakini? • dan sebagainya ⚡📖🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani