Dalam sistem korban Perjanjian Pertama, setiap imam besar "mesti ada sesuatu untuk dipersembahkan" (Ibrani 8:3), "tidak boleh tidak membawa darah yang dipersembahankan untuk dosa dirinya dan untuk dosa orang lain" (9:7), dan "tanpa tumpahnya darah tidak ada pengampunan" (9:22). Tetapi ini dilemanya: Selagi manusia berbuat dosa, selagi itu harus sentiasa ada korban; dan jika tidak ada darah yang tertumpah atas dosa [keadilan] maka tidak ada pengampunan [perbenaran]. Dalam petikan ini, penulis Ibrani menyatakan kepada kita penyelesaiannya yang mutlak menurut kehendak Allah: "Tetapi Kristus datang... bukan dengan darah kambing atau anak lembu, tetapi dengan darah-Nya sendiri, Dia masuk ke dalam Tempat Yang Maha Suci, sekali untuk selama-lamanya, kerana Dia mendapatkan penebusan yang kekal [dan]... supaya kamu dapat beribadat kepada Allah yang hidup" (Ibrani 9:11-12, 14) 😍❤️❤️❤️ Wow!
Kenapa kita hanya boleh masuk ke hadirat Allah melalui darah Kristus SAHAJA? Dengar episod ini! #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani