Listen

Description

Prinsip penginjilan yang pertama ialah BERSAKSI DAN MENJADI SAKSI BERSAMA 📢 Ayat kunci ialah 'bersama.' Selepas Yesus Mesias memilih para pengikut-Nya, Dia "menyuruh mereka pergi berdua-dua mendahului-Nya" (Lukas 10:1). Kenapa "berdua-dua"? Sebab pertama ialah untuk mendorong dan menjaga satu sama lain ✔️ dan kedua, supaya mereka boleh menjadi saksi yang sah ✔️ Ini tidak bermaksud mesti berdua-dua tetapi secara ideal, berdua atau lebih, lebih baik dari segi prinsip 👍

Melakukan penginjilan seorang diri tidak mustahil (contohnya, Filipus dalam KPR 6) tetapi selalunya berdua-dua atau lebih, lebih Alkitabiah dan sesuai dengan prinsip Yesus (contohnya, Paulus dan Barnabas dalam KPR 13-15) 🤝 Ada 8️⃣ prinsip-prinsip praktikal dalam penginjilan... ketahui semuanya dalam episod ini 😉 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas