Sekurang-kurangnya ada lima kali dinyatakan dalam kitab Injil Lukas yang Yesus Mesias berdoa 🙏 Semasa Dia dibaptiskan (Lukas 3:21), sebelum memilih 12 orang rasul (6:12), sebelum dipermulia di atas bukit (9:29), selepas melawat Marta dan Maria (11:1), dan di Bukit Zaitun sebelum Dia ditangkap (22:41). Kita tahu bahawa Yesus berdoa setiap hari 🛐
Oleh itu, kerana teladan, disiplin dan kehidupan Yesus yang nyata, murid-Nya bertanya, "Tuhan, ajarlah kami berdoa...." dan Yesus berkata, "Apabila kamu berdoa, katakanlah..." (Lukas 11:1-2) 📖 Apa itu doa? Bagaimana doa ini (v.2-4) menunjukkan siapa kita dan menyerlahkan siapa TUHAN Allah itu? Apakah teologi disebalik doa? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjiLukas