Yesus Mesias ialah GURU yang genius. Dia menceritakan suatu ibarat dengan sangat menarik dan penuh dengan kebenaran 📖 Yesus ialah PENYELAMAT yang tulus. Dia mahu agar melalui ibarat ini para 'pendengar' iaitu para pendosa diselamatkan dan para guru agama bergembira apabila seorang yang berdosa bertaubat 🫂
Yesus ialah ANAK ALLAH yang menunjukkan hati Bapa. Sebagaimana anak bongsu yang telah 'mati' dan 'hilang' dalam ibarat ini mencerminkan keadaan kita (dahulu atau) sekarang, Bapa rindu agar kita bertaubat untuk mendapat 'hidup kembali' dan pulang kepada-Nya agar 'ditemukan kembali' (Lukas 15:24) 🙏
Kenali maksud PERTAUBATAN & KESELAMATAN yang sebenar, dan PENGAMPUNAN & KASIH KURNIA Tuhan yang nyata dengan merenung petikan firman Allah ini (Lukas 15:11-24) ✔️ dan mendengar episod podcast ini ✔️ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas