Anak bongsu dalam Lukas 15 sudah "mati" dan "hilang" apabila dia pergi menjual harta pusaka bapanya dan merantau ke negeri yang jauh (v.13). Tetapi apabila dia bertaubat dan kembali semula, bapanya berkata, "Anakku ini telah mati dan hidup kembali; dia telah hilang dan ditemukan kembali" (v.24 dan 32) 🙌
Tetapi tahukah kamu bahawa anak sulung juga sudah "mati" dan "hilang" walaupun dia masih bersama dengan bapanya? 🤔 Wataknya diperkenalkan apabila dia sedang "bekerja di ladang" (v.25) iaitu di luar rumah. Malah, dia dikatakan "tidak mahu masuk ke dalam rumah" (v.28). Kita tidak diberitahu samada dia akan masuk ke dalam rumah atau tidak... ibarat ini berakhir ketika dia masih lagi di luar rumah.
Seperti anak sulung ini, adakah "orang Farisi dan ahli-ahli Taurat" (v.2) akan bertaubat atau terus bersungut-sungut? Bagaimana pula dengan kamu yang sedang "mati" dan "hilang"? 🫵 Adakah kamu akan bertaubat dan datang kepada Yesus Penyelamat? Atau masih berada di luar kerajaan Allah? Hey, masuklah! 🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas