Salah satu watak penting dalam Perjanjian Baru ialah Maria ibu Yesus Kristus. Menurut Alkitab, tiada yang kontroversi dan kontradiksi tentangnya. Tetapi menurut sejarah gereja - setelah sekian lama - Maria menjadi watak yang sangat kontroversi sehinggakan ramai yang lebih keliru tentang Maria berbanding dengan Yesus! Jadi apa yang harus kita lakukan? Kembali kepada Alkitab Firman TUHAN! Dalam episod ini, saya ingin berkongsi Tujuh (7) Perkara tentang Maria dalam Injil Lukas (sebenarnya ada banyak lagi). Kemudian, saya akan menilai beberapa (tidak semua) ajaran dogma gereja yang bermasalah tentang Maria. Sila buka telinga, buka hati dan fikiran, dan buka Alkitab bersama-sama 👂♥️🧠📖😊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas Dua debat yang menarik tentang topik ini ialah "The Marian Dogma Debate: James White vs. Peter Williams" YouTube 🔗 https://youtu.be/NqLd8mf8eS4 dan "Roman Catholicism and Protestantism: Walter Martin vs. Mitchell Pacwa" YouTube 🔗 https://youtu.be/la8NCpVe-Kc