Listen

Description

Salah satu hal yang saya sangat kagum dengan Maria dari Nazaret ialah dia mengasihi TUHAN Allah dengan segenap jiwanya dan memiliki pengetahuan akan Firman Allah dalam hatinya. Nyanyian (atau puisi) yang dinyanyikannya untuk Allah sangat padat dengan latarbelakang Firman Perjanjian Lama ❤️ Memang tidak dinafikan, Allah telah memilih dan melayakkannya - dan dia layak! - untuk menjadi ibu kepada Mesias. Oleh itu Maria bernyanyi, “Jiwaku meninggikan Tuhan; rohku bergembira kerana Allah, Penyelamatku, kerana Dia mengingati hamba-Nya yang hina. Dari sekarang hingga selama-lamanya, orang akan berkata aku diberkati, kerana Yang Maha Kuasa telah melakukan perkara yang besar untuk aku. Sucilah Nama-Nya." Amen! 🙏 #PreachTheWord #InjilLukas